Wednesday 5 October 2011

Pengaplikasian teknik 2D dalam Sejarah Jepun Menawan Kota Bharu

Pengenalan
              Tujuan penyelidikan adalah untuk mengkaji sejarah kejatuhan Kota Bharu ke tangan Jepun pada tahun 1941. Peristiwa Jepun menawan Kota Bharu adalah akibat daripada pihak Jepun telah mengistiharkan perang ke atas Amerika Syarikat dan Britain, yang pada ketika itu Tanah Melayu di bawah taklukan tentera British. Kota Bharu merupakan tempat serangan pertama oleh pihak Jepun di Tanah Melayu. Ketibaan Jepun di pantai Sabak Kota Bharu Kelantan pada 7 Disember 1941 telah menewaskan pihak British yang dianggotai oleh bangsa india dan dikenali sebagai India British. Angkatan tentera jepun dari Indochina menuju ke arah selatan hingga mendarat di Kota Bharu Kelantan 7 disember 1941, Jepun telah Berjaya menewaskan pihak Britis Dalam masa satu hari sahaja. Kajian ini mempunyai kekuatan dari segi sejarah melalui kajian ini pengkaji dapat menyingkap sejarah kejatuhan kota bharu ke tangan jepun.
 Definisi bagi perkataan Animasi adalah suatu teknik menampilkan gambar berurutan sehingga dapat dirasakan adanya ilustrasi pergerakan (motion) pada gambar yang ditunjukkan. Manakala mengikut definisi yang diambil dari kamus animasi Oxford berarti filem yang seolah-olah hidup, terbentuk dari fotografi, gambaran, boneka, dan sebagainya dengan perbezaan  tipis antara frames, untuk memberi kesan pergerakan saat dihasilkan  (The Little Oxford Dictionary 19).

 Penyataan masalah
1-Kurang dipaparkan dalam bentuk visual tentang sejarah jepun menawan kota bharu.
Penaklukan jepun terhadap kota bharu pada tahun 1941 kurang dipaparkan dalam bentuk visual, dari maklumat yang diperolehi hanya terdapat rentetan sejarah tentang kedatangan jepun ke tanah melayu, ia dipaparkan dalam bentuk umum iaitu di Tanah Melayu dan tidak secara khusus di kota bharu sahaja.

Objektif kajian
1-      Mengkaji dan mengenalpasti sejarah jepun menawan kota bharu pada tahun 1941.
2-      Menganalisa data yang diperolehi dari sumber yang berkaitan sejarah penaklukan jepun di kota bharu.
3-      Mengaplikasi teknik animasi dokumentari tentang sejarah penaklukan jepun di kota bharu.
4-      Menilai keberkesanan teknik animasi dokumentari yang digunakan dalam kisah penaklukan kota bharu oleh jepun.

Hipotesis kajian
              Memberi pengetahuan kapada masyarakat dan sebagai alat pembelajaran kepada pelajar untuk mempelajari tentang sejarah penaklukan jepun di kota bharu. Oleh itu sejarah kejatuhan kota bharu sentiasa diingati dan dijadikan panduan untuk mempertahankan negara dari dijajah.

 Skop kajian
Skop kajian pengkaji adalah lebih memfokuskan kepada kejatuhan kota bharu ke tangan jepun pada tahun 1941. Hal ni penting kerana penyampaian maklumat yang tepat dan jelas untuk pengetahuan  audien. Pemilihan lokasi yang bersesuian perlu diambil kira oleh pengkaji untuk memperolehi data yang tepat. Lokasi kajian yang dipilih oleh pengkaji adalah  di Muzium Negeri di Kota Bharu, Kelantan. Selain itu, pengkaji akan membuat kajian keatas 40 responden melalui boring soal selidik.

Peralatan kajian
i.                    kamera
ii.                   buku catatan
iii.                borang soal selidik
iv.                perisian computer seperti
-          Adobe ilustrator
-          Adobe After Effects
-          Adobe Primiere pro
-          Adobe Flash
-          Toon Boom Studio

Kepentingan Kajian
            Kepentingan kajian sejarah Jepun Menawan Kota Bharu adalah bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat melalui kaedah yang baru. Hal ini demikian kerana sejarah kejatuhan Kota Bharu ke tangan Jepun adalah penting untuk diketahui oleh semua lapisan terutama generasi muda agar negara tidak kembali dijajah.

Populasi kajian
             Populasi kajian yang dipilih adalah sekitar Kota Bharu dan Kuching. Pengkaji akan memilih responden yang terdiri daripada golongan remaja dan dewasa dalang lingkungan umur 12 tahun hingga 40 tahun. 

Limitasi kajian
i.                    Pengkaji menghadapi kesukaran mencari sumber maklumat tentang sejarah Jepun menawan Kota Bharu kerana maklumat yang ada sangat terhad dan kekurangan bahan rujukan.
ii.                  Pengkaji menghadapi masalah penggunaan bahasa ataupun dialek ketika menjalankan kajian berbentuk temubual.

Kesimpulan 
            Melalui bab pengenalan yang dibuat, pengkaji boleh mengetahui definisi yang berkaitan dengan tajuk pengkaji. selain itu pengkaji juga dapat mengenalpasti permasalahan dan objektif kajian yang berkenaan dengan sejarah Jepun menawan Kota Bharu.