Sunday 20 November 2011

Video Reference


video ini bertajuk Cat Walk diambil dari laman Vimeo untuk dijadikan video rujukan untuk projek tahun akhir saya,melalui gaya lakaran yang dipaparkan dalam video ini akan saya aplikasikan dalam projek saya dan akan diubah mengikut situasi dan jalan cerita agar lebih sesuai bagi projek tersebut.

Sorotan kajian

Pendahuluan
Bab ini akan membincangkan tentang beberapa penulisan dan kajian yang lalu berkaitan dengan topik kajian.  Segala maklumat dan bahan-bahan dari kajian lepas yang berkaitan rapat dengan sejarah Jepun Menawan Kota Bharu akan dikumpul dan dirumuskan untuk mencapai objektif kajian.
Sorotan kajian
i-              “Generasi baru mungkin menganggap zaman menentang penjajahan, menentang komunis, konfrantasi dan beberapa peristiwa besar pasca merdeka yang mengancam kestabilan negara dan perpaduan kaum, sekadar peristiwa bersejarah dan tidak lebih daripada itu. Perubahan masa dan keselesaan mungkin menjadikan sebahagian daripada kita gagal untuk menghayati pengorbanan di sebalik semua itu.”
                                                                                            Dipetik daripada; Utusan Malaysia
                                                                                                       (Patriotikkah kita?,2008)
Petikan tersebut menyatakan generasi muda menganggap sejarah hanya sekadar satu catatan untuk mengigati peristiwa lalu yang tidak bermakna, dan mereka beranggapan ianya tidak perlu dihayati mahupun didalami oleh masyarakat pada masa kini.
ii-             “Sejarah adalah dialog yang tak pernah selesai antara masa sekarang dan lampau, suatu proses interaksi yang berkesinambungan antara sejarawan dan fakta-fakta yang dimiliki”
                                                                       Dipetik daripada;  Penulis, E.H Carr
                                                                                                   (What is History)

iii-            History .... is a mountain top of human knowledge from whence the doings of our generation may be scanned and fitted into proper dimensions
                                                                         Dipetik daripada; Gustafson, 1955
Kepentingan sejarah harus dititik beratkan kerana sejarah adalah sesuatu yang sangat bernilai untuk dijadikan panduan pada generasi sekarang.

iv-            “Animasi warna adalah animasi yang dibuat dengan memainkan warna yang ada di macromedia flash. Memainkan warna beerti kita membuat animasi dengan memindahkan warna yang ada pada suatu benda”
                                                                              Dipetik daripada; penulis, Naufal
                                                                                           (Animasi warna, 2008)

Warna memainkan peranan penting untuk menggambarkan sesuatu situasi, warna yang digunakan oleh pengkaji haruslah bersesuian dengan tema yang digunakan.

Kesimpulan
Melalui kajian yang sebelumnya pengkaji memperolehi sumber yang boleh dikaitkan dengan sejarah Jepun menawan Kota Bharu. Melalui kajian ini membolehkan pengkaji membuat rujukan kajian tentang sejarah tersebut.